Quantcast
Channel: Info Viral
Viewing all articles
Browse latest Browse all 231

Saintis Akhirnya Temui Vaksin COVID-19 Keberkesanan 90 Peratus

$
0
0
vaksin covid 19, corona virus vaksin

Syarikat Pfizer dan BioNTech mendakwa vaksin buatan mereka mempunyai sehingga 90 peratus keberkesanan dalam mengelak dari jangkitan COVID-19.

Vaksin jenis mRNA itu dilaporkan terbukti berkesan bagi hampir semua individu yang diuji dalam ujian klinikal fasa ketiga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam kenyataan di laman web rasmi Pfizer, ia bermaksud penghasilan vaksin COVID-19 kini sudah selangkah kehadapan.

“Ini bermaksud kami sudah selangkah dalam memperoleh vaksin untuk diedarkan kepada rakyat, sekali gus mengakhiri pandemik COVID-19.”

Daripada data awal ujian klinikal yang diambil daripada 43,538 peserta ujian, 10 peratus daripada itu telah mendapat suntikan vaksin sebenar manakala 90 peratus mendapat suntikan plasebo atau bukan suntikan sebenar.

Menurut Pfizer, suntikan kedua vaksin itu memberi perlindungan 7 hari manakala suntikan pertama selama 28 hari.


Sumber: The Guardian Via : EJ



Viewing all articles
Browse latest Browse all 231

Trending Articles